Saya tak segan senyum sendiri,
sebab saya senyum saat
kamu muncul dalam hati.
Tahu tak sebab apa saya suka tengok kamu waktu kita makan bersama?
Sebab saat itu mata kamu merenung,
bertempik cinta.
Kamu cubit pun saya tak kisah,
sebab kalau saya mengaduh,
kamu akan belai.
Atau cubit sekali,
dan wajah kamu semerta comel.
Kadang-kadang kamu cepat mengalah,
Kamu mahu saya senyum.
Saya tahu.
Kalau kamu menangis,
cepat-cepat kamu tahan bila saya seka air mata kamu.
Dalam hiba pun kamu masih lindungi saya.
Bila kamu ucap sayang,
saya selalu pura-pura tak mendengar.
Saya mahu kamu ulang.
Biar kemanjaan kamu bunuh saya berkali-kali.
Bila kamu pesan tentang lagu,
saya akan telaah liriknya.
Itu cara kamu hantar pesan untuk saya.
Sumpah! saya dah tak boleh dengar kesemua lagu awak itu.
Kamu suka membebel,
sebenarnya saya nak cakap,
Hingga kini saya ingat bebelan kamu.
Semuanya!!
Paling sukar,
berhenti berbual dengan kamu.
Ada saja sahut kata,
atau saja suara kamu sudah jadi irama ulit sedar saya.
Kalau bertengkar,
kamu balas bentak saya dengan sunyi
dan wajah paling rajuk.
Pastilah saya segera tewas.
Saat kita sama-sama ketawa,
saya akan berhenti dahulu.
Saya mahu dengar rentak gembira kamu.
Semata-mata.
Saya simpan kamus tentang kamu.
Kalau kamu kata - "Hei, ngada tau." -
maksudnya hati kamu sedang tertawa.
Saya faham kalau kamu degil.
Memang kamu sedia begitu,
dan Dia mahu saya jadi lebih sabar.
Paling geram, saya senyum dan geleng kepala.
Saya suka telefon saat kamu sudah lena,
sebab suara kamu sejurus terjaga
- paling asli nada jiwa. Lucu, manja, dan tambah sayang.
Paling asyik, renung mata kamu.
Sebab kamu bawa saya jauh ke mana-mana,
namun pasti kembali ke hati, saat kamu kerdip atau ketawa.
Saya suka hadiah pemberian kamu,
kamu pilih untuk saya.
Saya paling bangga peraga pemberian awak,
kerana bagi saya,
itulah cara saya mendekatkan diri dengan awak.
Kali terakhir kita ketemu, tiada air mata.
Kita akur, Tuhan tulis cerita kita untuk jadi teladan.
Kamu ajar saya tentang hidup. Sungguh.
Moga kau temu cinta, sang pemilik separuh hati, tangan bersatu saat bertemu jemari.
* kesat hingus lepas tu sesenyum sesorang*
4 comments:
nice ler.....cun2..hehe...
@ashraf04 : me hope, afta he reads this entry, he knows how much i miss him :) but still, rindu dr jauh lah. kehkehkeh
cuwitnye..ble akak bace tsengih sorang2..hehe..:D
@k.nurul : akak tengat kt abg ijam eh ? eh ? eh ? kehkehkeh
Post a Comment