Monday, February 28, 2011

Kelas Pagi yang Kosong.

Bangun lewat , mestilah mandi pun lewat , dah mandi lewat bersiap pun lewat , tapi hari ini bangun awal sikit dari semalam . Semalam bangun pukul lapan empat puluh lima pagi sedangkan kelas diadakan pada pukul sembilan pagi , semalam pergi kelas pukul sembilan suku pagi dengan muka tak bersalah masuk kelas . Tapi hari ini , bangun awal sikit daripada semalam , iaitu pada pukul lapan setengah pagi , tapi kan , tapi kan , sampai kelas pukul pukul sembilan suku pagi jugak . Bimbang jugak takut lecturer macam pandang menggoda je kan sebab asik muka ni je yang lewat pergi kelas dia. Mentang-mentanglah dia tak strict macam lecturer lain.



Tengah kalut kalut kalut dengan perasaan berdebar , amik jadual tengok kelas kat mana semua , cari bilik darjah , tiba-tiba bilik darjah bertuah tu KOSONG . Tak lah , salah jadual agaknya . Tengok bilik darjah sebelah kanan pun KOSONG , tengok bilik darjah sebelah kiri pun KOSONG !



Damn ! ni mesti kes kelas batal . Ini adalah bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku , ini adalah ber time time. Terdetik jugak lah dalam hati , kenapa aku tak tahu kelas cancel pada dua puluh lapan haribulan dua tahun dua ribu sebelas nih ! Eh maklumat sebegini adalah penting untuk makhluk yang suka tido dan suka datang lewat ke kelas seperti .. ye AKU !


Eh ketua kelas yang sangat berdedikasi , terima kasih kerana kau buat aku bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai lawa-lawa , berbedak sakan pada muka , berbincu bagai pada bibir , vaseline siap pada kulit , kemudian bersenam bagai pada waktu pagi ( yelahh , kau hengat senang ke nak setart moto kemudian press enjin dia yang tengah sejuk sejuk pada waktu matahari tak muncul lagi begini)




    

2 comments:

mR. sMiLe said...

hak3x... padan muker

pating said...

@meghi : amboi ! amboi ! sedap ketawa ko mek !!!!!