Buat masa sekarang , saya akan membiarkan manusia-manusia di luar sana dengan andaian mereka yang entah hape-hape, sila lah , sila lah dengar cerita yang mungkin benar, mungkin tidak benar , whatsoEVER ! saya malas nak amik tahu. Dan jangan sampai biar saya tahu , dan saya rasa lebih baik saya tak tahu. Walaupun saya dah tahu.
Berdiam itu lebih baik . Saya malas nak menegakkan benang yang basah. Saya malas nak keringkan lautan . Saya malas nak curahkan air ke daun keladi. Kau pergi kanan , aku ikut . Kau pergi kiri pun aku ikut. Tak lah , tak marah pun , aku takkan pernah marah.
Saya kan orangnya tak de hati dan perasaan , so tak kesahlah kan orang nak buat hape. Saya mana ada hotak , sebab tu saya tak kesah orang nak kata hape. Saya takde telinga , sebab tu saya pekak kan kalau awak menyindir saya, saya kan takde mata , sebab tu saya diam kan je tengok awak sok sek sok sek depan saya, eh saya ni takde mulut , sebab tu saya malas nak bersuara.
Saya ni kalau buat hal mesti ada sebab . Eh , mesti sebab saya rasa saya ni betulkan , lepas tu yang salah semua awakk. KEPALAHOTAKHAKUUU ! haha
Takpe lah , saya tak layan mulut sampah macam kau.
Saya ni perangai buruk nak mampus, tak tahu lah sapa yang boleh tahan hidup dengan saya. Dah dah , pergi jauh , jangan kawan dengan saya.
Sekarang , saya memerlukan tangan abuya dan peha ummi , belai-belai rambut saya , kemudian menidurkan saya dengan iringan gitar lagu Aris Ariwantan - 1,2,3,4 ....
ummi, abuya - along nak ummi dengan abuya , dengarlah along nak cakap ni , along sedih , along nak balik Johor , along tak nak sape-sape , along nak ummi dengan abuya je. Along , along errr .... along nak dengar abuya cakap , along nak dengar ummi bebel-bebel, selalu cakap along gedik bagai. Along rinduuuu T__T
Saya tidak memerlukan sesiapa untuk mendengar cerita saya , masalah saya , dan hape-hape tentang saya.
tak lah , saya ada seseorang :D
4 comments:
sis!!dun be sad laa,,anything kte share 2 ye.. ^_^
@farah : tengs dear :D
TIHIN NI WAT CEDEY PLAK..HUHUHU..SABA YE LAU DE PROBLEM...DUNIA MMG CAM NI..SGT2 KEJAM...
@kak baiti : esokey k.baiti , tihin kan aty nya kebal :D . Thanks fer your concern. Really appreciate it. ;'(
Post a Comment