Monday, April 25, 2011

#7

kehadapan sang matahari ,
terima kasih kerana menerangi dunia.



kehadapan sang matahari ,
terima kasih kerana memberi tenaga kepada manusia.



kehadapan sang matahari ,
terima kasih kerna kau melancarkan fotosintesis si hijau.


kehadapan sang matahari ,
bolehkah kiranya kau lihat lihatkan dia ?



kehadapan sang matahari ,
bolehkah kiranya kau sampaikan salam aku kepada dia?



kehadapan sang matahari,
bolehkah kiranya kau sampaikan salam rindu aku kepada dia ?



kehadapan sang matahari ,
tolonglah, tolong aku jagakan dia.



selamat pagi sang matahari ,
punca segala alam.



  

No comments: