Aku selalu berangan , lepas aku berangan , aku konpem , angan-angan takkan jadi kenyataan. Sebab jadi lain, tak jadi macam yang aku angankan. Amik contoh eh, dulu aku berangan , bangun pagi, kejut suami, aku buat bekpes , pakai baju anak, pakai kan tie suami, aku mekap-mekap, lepas tu salam suami, cium cium dia, anak-anak semua naik kereta dengan papa eh, sebab yelaaa , satu halaa. Wakakakaka *damn! tak jadi kenyataan pun!
So, bila angan-angan aku tak jadi kenyataan, aku selalu berbalik kepada qada dan qodo' ALLAH. Ada hikmah di sebalik semua peristiwa. Dan aku selalu redha.Kalau lah aku ni spesis tak boleh terima kenyataan, memang dah lama dah aku balas dendam, hidup aku tak tenang, hidup semua org yang aku dendam pun tak tenang.
Macam sekarang , aku tenang. Sebab bagi aku, kalau kita sayangkan orang tu, kita biarkan dia pergi dengan orang yang dia sayang. Walaupun sebenarnya aku DYING. Kahkahkah. Giler looser ! Tapi betul lah, aku selalu doa selepas sembahyang, orang yang pernah aku sayang tu bahagia, lepas tu semoga suatu hari nanti aku hilang ingatan, aku tak hengat password facebook , lepas tu dari mana asal beliau pun aku harap aku lupa! tapi ce kau cakap macam mana aku nk lupa password facebook since semua password aku sama jenis, kecuali skype,YM,dengan email. Hat lain semua sama, so, since kau tahu password facebook aku, kau akan tahu sekali password e-pelajar aku kat UMT ni. kihkihkih. Ni kalau adik aku baca, konpem dia boleh godek!
Seseorang pernah cakap dengan aku
" kau ni kental minah, tapi kau looser ! face it minah! face it ! this is realitiy. Reality kehidupan. Sampai bila kau nak menyorok?? sampai bila kau nak larikan diri ? kau tutup facebook , kau off kan kau punya phone, kau tahu tak kau tu spesis looser nak mampus ? "
ok mamat , " say whatever you wanna to say "
bagi aku "Senyum adalah senjata yg blh bunuh masalah. Senyap pula perisai utk elakkan drpd masalah "
Aku cuma nak cakap, kau sedang membaca belog seorang gadis yang mempunyai 1001 impian , takkan pernah berhenti berdoa , mengira bintang , merenung titisan air hujan , dan membelek aliran hujan ,dan takkan pernah lagi menitiskan embun dari kelopak mata dan tak salahkan gadis bengong tersebut mengharapkan miracle dalam kehidupan beliau di masa akan datang. I wish :) Amin
Apakata kau pun doakan aku. Terima kasih !! :) mucho gracias.
aku tulis entry ni sambil dengar lagu ni, sebenarnya aku nak cakap, malam tadi aku mimpi kau dan aku rindu, Kalau kau baca entry aku yang ni, aku nak cakap aku rindu kau dan lagu ni aku tuju kat kau. Ikhlas dowhh , lirik dia semua aku tuju khas utk kau.Aku tak boleh buat ayat sedap-sedap tuk kau kali ini, nanti kau perasan. KAHKAHKAH
ok, bye !!
No comments:
Post a Comment