Wednesday, December 29, 2010

jiwa rapuh serapuh-rapuhnya.

hati aku sedang rapuh .
hati aku tak kental .
hati aku tak kuat .
hati aku tak tabah .
hati aku berkecai .
akhirnya......


iman aku melayang .
lari membawa diri ,
iman datanglah balik kepangkuan aku !
datang lah , datang lahh.
aku merayu , aku melutut .
kembalikan pegangan aku yang dulu.



dulu aku kuat , sekarang aku lemah ,
hati aku hitam , dah tak suci .
kenapa aku tak pernah nak sedar diri !!
kenapa ?
aku sendiri pun tak mampu nak jawab.


manusia , pelbagai ragam .
aku terima .
aku terima orang yang pijak kepala aku ,
aku terima orang yang maenkan perasaan aku ,
aku terima orang yang depan baik , belakang lebih teruk dari babi ,
aku terima stalker yang nak amek tahu pasal aku setiap hari ,
aku terima orang yang makan daging aku mentah-mentah ,
aku terima orang yang amik kesempatan ,
aku terima ! aku terima ! aku terima !
sebab aku tahu ,
manusia tidak ada yang sempurna .
tapi takkan tiada sedikit pun belas kasihan kau dalam hidup aku ,
buat hidup aku , jiwa aku kacau begini .



aku pun manusia ,
ada hati dan perasaan .
ada perasaan cinta yang tak berbelah bahagi,
ade perasaan sayang yang melimpah ruah,
aku bukan , bukan !
bukan sampah yang kau boleh tolak sesuka hati .
yang boleh kau bawak ke tempat yang busuk ,
yang boleh kau buang bila kau rasa tak perlu ,
yang boleh kau campak ke sungai , hanyut tanpa arah,
aku manusia , ada hati . ada perasaan ,
berapa kali aku nak bagitahu ,
tapi takde siapa pun yang paham.


aku serik dengan cinta ,
biarlah cinta , aku tak nak cari kau ,
aku tahu , cinta itu perlu dicari ,
bagi aku cukuplah cinta itu ,
cukup ! cukup !
aku pasrah dengan cinta yang tak kesampaian ,
aku pasrah dengan cinta yang tak sempat ada penghujung .
kerana itu cinta sepenuh hati aku .
cinta yang penuh air mata ,
cinta yang penuh suka dan duka ,
kerana aku tak pernah cuba utk mencari cinta illahi.




aku tahu , aku ibarat tidak bermaruah ,
aku tahu , aku ibarat budak annoying yang bodoh mengharap pada cinta yang sah-sah tolol di depan mata ,
cinta yang sah-sah macam hanjeng ,
ibarat aku yang setia pada benda yang tak pasti .



fatihin ! wake up ! depan mata kau sendiri .
depan mata kau ,
bila kau nak sedar ?
bila kau nak bukak mata kau besar-besar ?
bila kau nk lebarkan dada kau , tarik nafas panjang-panjang ?
bila kau nak bukak hotak kau ?
kau letak akal kau kat mana ??



kau ade otak , fikir !
kau ada hati , rasa !
kau ada mulut , berkatalah !
kau ada mata , lihat lahh !
sedar lah wahai jiwa.



aku tak kuat nak menempuh hidup aku sendiri ,
bimbing aku ,
pegang tangan aku ,
lap air mata aku ,
kesat hingus aku ,
sanggup tak bersama aku susah dan senang aku ?
sebab aku tak mampu menempuh seorang diri .



aku tak kuat .
aku takde iman setebal kamu .
aku ada 2 kaki , tp tak mampu nak berdiri diatas kaki aku sendiri .
aku ada 2 tapak tangan , tapi tak mampu menadah doa .
aku ada 2 lutut , yang tak mampu berlutut meminta keampunan.
yang aku ada ,
ingatan yang mudah lupa kepada ilahi .
jauh , sungguh , jauh benar aku menjelajah hidup .



terima kasih kerana pinjamkan mata , simpan di dalam hati .
bukan senang aku nak tempuh ,
sedekah aku secebis doa ,
secebis doa , diberikan kekuatan .
terima kasih sekali lagi .









.

2 comments:

FarhanaFabulous said...

1st time drop here and follow u..simple and kemas...like..

pating said...

tengs yaw . :)